​S e m a r a k  K h a z a n a h  A l a m

​​​​​GAMAT EMAS SDN BHD

Gamat Emas Sdn Bhd wellness product

Gamat eMas Sdn. Bhd. (GESB), merupakan sebuah syarikat 100% milik penuh bumiputera dan telah ditubuhkan pada 30 September 1999.

Terdiri daripada enam orang Ahli Lembaga Pengarah yang memiliki pengalaman sangat berharga dalam bidang perniagaan iaitu Datuk Haji Adenan Haji Mohamad Zain (Pengerusi), Rosedy Issa (Pengarah Urusan), Roselan Issa (Pengarah Eksekutif), Shaifubahrim Mohd. Salleh (Pengarah), Sulaiman Abdullah (Pengarah/Pengasas) dan Nik Kamaluddin Sulaiman (Pengarah).

Gandingan keenam-enam orang anak Melayu ini telah menyumbang satu perniagaan yang memberi khidmat bukan sahaja terhadap kesihatan pengguna bahkan, mewujudkan peluang mendapatkan pulangan lumayan bagi individu yang berminat untuk menceburi perniagaan pemasaran berangkaian di pasaran tempatan.


Di atas usaha-usaha GESB ini, pada tahun 2014, GESB telah menerima anugerah Enterprise 50 SME Corporation diikuti dengan penyertaan dalam Program Teras di bawah naungan Teraju pada tahun 2015. Kedua-dua anugerah tersebut telah memberi sinar kegemilangan dalam lakaran sejarah GESB.

Gamat eMas Sdn. Bhd. kini telah berjaya meluaskan pasarannya ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Kini, GESB merancang untuk menembusi pasaran luar negara terutamanya di rantau ASEAN seperti Thailand, Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia.

MENGAPA GAMAT EMAS MENJADI PILIHAN ANDA?


Sejak kebelakangan ini, masyarakat Malaysia semakin mendekatkan diri untuk mengamalkan perubatan tradisional yang dimodenkan. Kefahaman ke arah produk kesihatan yang berasaskan bahan semulajadi ini semakin popular memandangkan ia dapat mengelakkan pendedahan bahan-bahan kimia yang mungkin memudaratkan kepada sistem tubuh manusia.

  •  Berdasarkan ini, Syarikat Gamat Emas Sdn. Bhd. (GESB), memberikan penekanan terhadap penghasilan dan pemasaran produk kesihatan dan penjagaan badan yang berkonsepkan tradisional yang diubahsuaikan mengikut citarasa dan formulasi terkini. Gamat antaranya, merupakan produk yang mendapat keyakinan nenek moyang kita sejak turun temurun lagi.


Fokus kami adalah untuk mengkomersialkan produk-produk sedemikian yang diolah semula agar dapat memenuhi citarasa tempatan di samping memperkenalkannya ke pasaran antarabangsa. Produk-produk lain yang berasaskan kesihatan juga mendapat penelitian kami untuk dijalankan penyelidikan sebelum diketengahkan sebagai koleksi penjagaan kesihatan GESB.


Konsep memasarkan produk tradisional berkualiti menekan ke arah pengetahuan dan pemahaman mengenai produk, sokongan teknikal yang berterusan dan mengutamakan kepuasan pengguna merupakan teras di mana kami akan memperkenalkan kepada selera pasaran semasa. Bagi memastikan kemantapan kualiti produk, kami menjalinkan usahasama dengan SIRIM Berhad dan melantik Prof. Dr. Ridzwan Hashim sebagai Konsultan Gamat untuk GESB.

Kami yakin, sesungguhnya syarikat ini masih baru, usaha yang gigih serta produk yang mantap dan bermutu yang kami ketengahkan ini, dapat membantu kami menapak langkah demi langkah hingga ke mercu kejayaan.

Gandingan pengurusan yang berdedikasi, berpengalaman dan disertakan dengan kakitangan yang profesional GESB berharap akan dapat menonjolkan produk keluaran Malaysia ke peringkat antarabangsa tanpa melupakan kehendak pasaran tempatan.

PROFIL SYARIKAT