SEMARAK KHAZANAH ALAM BERSAMA GESB

​S e m a r a k  K h a z a n a h  A l a m

​​​​​GAMAT EMAS SDN BHD

Stichopus horrens mendapat jolokan nama ‘Gamat Emas’atas potensinya yang sangat luas terhadap kesihatan manusia. Hasil kepada penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Dato'  Dr. Hj. Ridzwan Hashim sejak tahun 1980-an membuktikan spesies ini mempamerkan pelbagai fungsi dan kesan terapeutik seperti antifungus, antiradang, antiartritis, antikanser dan sebagainya. Gamat juga mengandungi kolagen yang sangat tinggi dan bahan bioaktif lain bagi membantu mengekalkan kesihatan dan kecantikan bagi mereka yang mengamalkannya.

Melihatkan kepada kepelbagaian potensi gamat terhadap kesihatan manusia, maka
Gamat Emas Sdn. Bhd. (GESB) mengambil pelbagai inisiatif dengan mengetengahkan warisan khazanah alam ini dari spesies Stichopus horrens sebagai bahan aktif di dalam pelbagai produknya.Seiring dengan motto yang dibawa GESB iaitu ‘Semarak Khazanah Alam’, bukan sahaja memfokuskan kepada gamat semata-mata, bahkan juga kepada sumber alam berasaskan herba.


Pegaga (Cantella asiatica), sejenis ulaman popular di kalangan orang Melayu, turut mempunyai pelbagai faedah terhadap kesejahteraan tubuh badan. Bahan aktif, Asiaticoside dan antioksidan semulajadi yang terkandung di dalam pegaga membantu merawat kedutan dan antipenuaan, mengatasi depresi dan stress, meningkatkan penghasilan kolagen, nyahtoksik darah serta baik untuk membantu mencegah dan mengurangkan masalah Vena varikos (urat berpintal disebabkan oleh kekurangan injap atau kelemahan pada injap dan dinding saluran darah).


Pegaga  turut dikenali sebagai ‘tonik minda’ bagi membantu meningkatkan memori dan fungsi kognitif malah mengurangkan risiko penyakit penuaan otak seperti Alzheimer.

Ubi Jaga atau Smilax myosotiflora juga antara warisan khazanah alam yang diketengahkan GESB di dalam produknya. Ubi Jaga merupakan sejenis herba dari famili Smilacaceae di mana bahagian ubi atau ’tuber’ sangat terkenal dengan kesan afrodisiak di mana boleh membantu meningkatkan libido serta diambil sebagai tonik kesihatan bagi kaum lelaki.

Melalui khazanah alam juga, GESB telah mengambil peluang dengan membangunkan rangkaian penjagaan kulit wajah iaitu SW2 Anti-aging Bio-regenerative Series dengan formulasi utama ekstrak
Chromolaena odorata yang dipatenkan dengan Teknologi Nanosom dan ekstrak gamat Stichopus horrens.

Chromolaena odorata atau pokok Daun Kapal Terbang dibuktikan berupaya bertindak sebagai agen perangsang penghasilan kolagen kulit daripada penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Nurzalina Abdul Karim Khan (Penyelidik Universiti Sains Malaysia). Justeru menjadikan SW2 sebagai produk antipenuaan berasaskan herba khazanah Malaysia dengan inovasi sains bagi membantu melawan penuaan pra-matang, mengurangkan pembentukan garis-garis halus, pigmentasi dan kedutan kulit wajah serta memberi kesan keanjalan serta-merta.

Selain itu, antara warisan khazanah alam Malaysia yang lain turut difokuskan dalam produk-produk GESB adalah
Kacip Fatimah atau Labisia pumila. Kacip Fatimah digunakan secara tradisional untuk menyokong kesihatan umum wanita terutamanya bagi membantu mengecutkan saluran peranakan selepas melahirkan anak, mencegah senggugut dan sebagainya.


Seiring dengan itu, herba pudina turut diketengahkan di dalam produk GESB iaitu tuala wanita pakai buang Lady V bersama bahan kapas berkualiti dan cip anion untuk keselesaan, kebersihan dan kesihatan wanita.

Di GESB, kami mendukung misi membina kesejahteraan sejagat dan masyarakat sihat di samping memartabatkan produk khazanah alam. GESB berusaha memperjuangkan ekonomi masyarakat dengan mewujudkan peluang menjana pendapatan terutamanya bagi individu yang berminat untuk menceburi perniagaan pemasaran berbilang tingkat di pasaran tempatan.

Memasuki tahun 2015 ini, GESB akan terus mensasarkan pengeluaran produk kesihatan khazanah alam tempatan dengan memperkasakan herba tempatan melalui kajian dan penyelidikan, sekaligus menepati keperluan pengguna dalam mengekalkan kesihatan diri dan kesejahteraan hidup. Bersama GESB mendukung satu konsep Semarak Khazanah Alam. Untuk maklumat lanjut dan informasi terkini, anda boleh layari laman sesawang rasmi GESB,
www.gamatemas.com.my.