​S e m a r a k  K h a z a n a h  A l a m

​​​​​GAMAT EMAS SDN BHD

SW2 BB CUSHION  (15gram)


SW2 BB Cushion memberikan perlindungan penuh terhadap sinar UV dengan kandungan SPF 50 dan PA +++, tanpa rasa melekit dan berkilau. Menyerikan wajah secara semulajadi disamping lembapan yang kekal lama sepanjang hari.


Satu-satunya produk mekap yang mengandungi ekstrak gamat dan daun pokok kapal terbang, memberikan tindakan anti-penuaan dan bebas cela.

Formulasi kalis peluh memberikan solekan kekal lebih lama. Kod warna ‘Natural beige’





Radiance Day Cream SPF30

Perangi kesan mudarat UV dengan ekstrak Chromolaena odorata (CO), pelindung matahari SPF30 dan esktrak Gamat. Dengan sifat antioksida yang tinggi, CO mengurangkan garis-garis halus dan kedutan untuk menjadikan kulit lebih muda dan sihat.


Diinfusi dengan teknologi nanosom, CO dapat menembusi lapisan kulit untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan mengurangkan pencernaan kolagen. Dapatkan kulit ebih cerah dengan tona kulit seimbang dari unsur tumbuhan semulajadi Alpine.


Linesse Body Contour

Tidak melekit dan rasa kepanasan yang lama.

Penggunaan kerap boleh membantu mengurangkan tanda regangan dan selulit, disamping melancarkan pengaliran darah bawah lapisan kulit.

Gunakan sebelum bersenam bagi membantu pembakaran lemak  lebih efektif. 





Revival Night Cream

Remajakan kulit anda sewaktu tidur. Teknologi nanosom membawa CO aktif menembusi lapisan kulit untuk merangsang penghasilan kolagen dimana terbukti meningkatkan ketegangan kulit sekaligus memberikan kulit yang lebih muda dan sihat. Kandungan eksfolian lembut membantu mencegah dan meredakan jerawat.


Formulasi pelbagai bahan aktif pelembap memastikan kulit terhidrat dan kembali bertenaga selepas terdedah kepada kesan persekitaran yang memudaratkan sepanjang hari. Revival Night Cream menggalakkan pembaharuan sel dari gabungan tindakan ekstrak CO serta Gamat, pada masa yang sama ia menyingkirkan sel kulit mati yang boleh menyumbatkan liang roma. Hasilnya, kulit akan terasa lebih anjal.

Produk Kecantikan
Produk yang menyerlahkan kecantikan diri.

PRODUK BARU!

Rangkaian SW2 Anti-Aging Bio-Regenerative Series

Gentle Facial Cleanser

Dirumus dengan ekstrak Chromolaena odorata (CO) sebagai bahan aktif, pencuci muka ini sesuai untuk semua jenis kulit. CO telah terbukti meningkatkan ketegangan kulit dan mengurangkan garis-garis halus dalam kajian klinikal. Kehadiran unsur pelembap dan glycine melindungi kulit dari kekeringan. Malah, kandungan ekstrak Gamat membantu merangsang penumbuhan sel kulit yang sihat.


Facial Lift Serum

Serum dirumus dengan ekstrak Chromolaena odorata (CO), terbukti berkesan dalam meningkatkan ketegangan kulit dalam kajian klinikal. Dengan menggunakan teknologi nanosom, CO aktif boleh dihantar khusus kepada lapisan kulit yang lebih dalam, bagi menggalakkan penghasilan kolagen dan mengurangkan pencernaan kolagen oleh enzim.


Kandungan ekstrak Gamat turut membantu menggalakkan pembaharuan sel yang sihat, memberikan kulit wajah tampak halus dan segar. Serum ini memberikan kesan anti-kendur, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan kulit dengan serta-merta. Melalui bahan semulajadi yang melembapkan dan menstrukturkan semula kulit, kembalikan keseimbangan hidrasi kulit bagi mendapatkan kulit yang lembut dan licin.