Jalinan silaturrahim dan keakraban kalangan rakan niaga bersama dengan Ahli Lembaga Pengarah amat terasa kemeriahannya semasa Majlis Rumah Terbuka GESB yang telah berlangsung pada 15 Ogos 2015 yang lalu.

         

           Majlis ini, diwarnai dengan kunjungan oleh golongan usahawan, para pemimpin, Anak- anak Yatim dan Miskin Pertubuhan Kebajikan Al-Kausar Bangi, Selangor, para tetamu Jemputan Khas dan rakan niaga di seluruh Malaysia. Penampilan Istimewa dengan Jemputan Khas Kumpulan Nasyid Rabbani dengan dendangan alunan dikir zikir. Mereka juga merupakan ikon Nutrisi Ramadan GESB 2015.


          Pada hari tersebut juga, rakan niaga tidak melepaskan peluang mendapatkan produk jualan promosi, info kesihatan sambil beramah mesra dan menikmati juadah hari raya yang telah GESB sediakan.


OPEN HOUSE HARI RAYA AIDILFITRI 2015 HQ GESB 

Cuti-Cuti Medan 2015

Tahniah di atas kejayaan. Anda kini Manager!!

Seramai 44 orang manager baru telah menyertai trip pertama pada 16 sehingga 18 Januari 2015, manakala 75 orang lagi manager baru menyertai trip kedua pada 13 sehingga 15 Februari 2015 setelah memenangi Percutian ke Medan Indonesia selama 3 hari 2 malam melalui Promosi Cuti-Cuti Medan Indonesia 2014. Hari pertama, mereka di bawa menginap di Hotel Atsari, Danau Toba. Pada jam 8 malam, para peserta di bawa menikmati makan malam sambil melakukan aktiviti bebas.

Hari kedua, seawal jam 9 pagi di bawa ke Samosir Island melawati rumah Batak, kubur Raja Kaum Batak, menyaksikan tarian kebudayaannya dan seterusnya meluangkan masa untuk membeli belah di sekitar tersebut. Makan tengahari pula, mereka di bawa ke Perapat Town di kedai makan Istana. Selepas menjamu selera peserta meneruskam perjalanan ke Sepiso piso untuk menikmati keindahan pemandangan air terjun. Selepas itu, para peserta di bawa ke pasar buah di Beras Tagi untuk sesi membeli belah lagi. Selesai aktiviti di Beras Tagi, peserta di bawa makan malam dan beristirehat di hotel persinggahan kedua iaitu Hotel Grand Serela Medan.

Hari ketiga, para peserta di bawa ke Istana Maimon dan mereka diberi penerangan tentang sejarah dan salasilah Istana Maimon. Selepas selesai menikmati hidangan tengahari mereka ke Masjid Medan bagi menunaikan solat fardhu dan beristirehat seketika di situ. Destinasi terakhir mereka dibenarkan melakukan aktiviti bebas selama 3 jam membeli belah di Pasar Ikan sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Inilah keseronokkan yang telah mereka kecapi, hasil daripada kesungguhan mereka dalam perniagaan bersama GESB.

KECEMERLANGAN ANDA, KEBANGGAAN GESB!!

​S e m a r a k  K h a z a n a h  A l a m

​​​​​GAMAT EMAS SDN BHD